MATLAMAT
Menjadi Sekolah Terbaik di Zon Pasir Gudang pada tahun 2010.
FALSAFAH
Percaya bahawa setiap murid boleh belajar berjaya dan berpotensi untuk menjadi
insan yang berilmu, berakhlak mulia, berwatak dan berwawasan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SMK Taman Pasir Putih dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji
akan menumpukan sepenuh usaha dan tenaga kami untuk:-
• Memastikan pengajaran dan pembelajaran bermula pada hari pertama persekolahan.
• Menjalankan pengajaran dan pembelajaran berkualiti untuk kecemerlangan akademik dan
sahsiah pelajar.
• Menyediakan Prasarana yang selamat dan kondusif, persekitaran yang sihat dan tenteram
serta suasana pembelajaran yang selesa dan seronok untuk pelajar belajar.
• Menghargai dan menepati masa dalam segala aktiviti dan tindakan.
• Memastikan setiap program dan aktiviti sekolah dirancang dan dilaksanakan, diselia
dan dinilai dengan baik supaya memberi kesan dan pelajar mendapat manfaat yang
maksimum.
• Memastikan staf berdisiplin, komited, produktif, bersikap penyayang dan adil kepada
setiap pelajar.
• Memberi layanan mesra, perkhidmatan cekap dan terbaik serta jawapan yang segera
kepada pelanggan.
• Bersedia menerima teguran, prihatin dan aduan komuniti dan bertindak segera menangani
segala permasalahan.