Selamat Datang ke Portal Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih, Jalan Selasih 4, Taman Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor Portal Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih
    Community Info
  • Community Name & Logo
     

    Muhamad Hafiz Aiman
  • hafizaiman95 @ fizs
    hafizaiman95 @ fizs
    Blog Owner : Fizs Aiman
    Diari Kehidupan hafizaiman95 @ fizs

    06
    June 2010 Sunday @ 7:47:15 pm
    06-06-10 : Konvoi Merentasi Semenanjung

    Salam...
    bertemu lagi kita di weblog ini..
    Setelah sekian lama tidak diupdate.. maklumlah terdapat banyak masalah yang menimpa diriku, terdapat banyak kejadian fitnah yang kena pada diriku, dan juga kehancuran hatiku terhadap ******** dan *********.... Nak buat macam mane, hidupku tidak pernah surut ditimpa masalah.. Mujur bukan musibah..

    Oklah aku belum tergerak hati nk luahkan perasaan di sini.. aku nk citer pasal Konvoi WishClubM7 yang bertajuk 'Langkawi Shoping Drive'..

    Kejadian konvoi ini berlaku pada 28-30 Mei 2010.. Tetapi bergerak beramai-ramai dari Hentian Skudai tepat jam 9 malam 27 Mei.. Konvoi disertai oleh kira-kira 24 biji kereta jenis Toyota Wish dan Honda Stream.. Namanya konvoi WishClubM7.. Tetapi kenapa ada sesat dua Honda Stream ni?? dahla satu first generation dan satu lagi second generation.. Sebenarnya keluarga WishClubM7 telah menjemput keluarga 1Streamer untuk menyertai event WishClubM7.. Tetapi ramai tak nak join sebab jauh di utara semenanjung.. So selain Stream second generation tu, Honda Stream merah milik tn Sani RS  (bapak aku ni beb) menjadi wakil 1Streamer..

    Dekat Langkawi, konvoi semua naik bas.. hehe.. so dekat langkawi mcm2 tempt pergi.. untuk citer lebih lanjut, tunggu di blog rasmi aku...


    18
    May 2010 Tuesday @ 9:24:34 pm
    18-05-10 : Lawak!!

    Salam..
    aku ni dah lame betul tak update blog aku ni.. so aku nk bersihkan semua sawang-sawang yang ada, sarang-sarang semut yang berlambak dan vakum karpet... haha mencarut plak...

    oklah aku nak cerita pasal makcik kantin..
    Tadi waktu rehat, seperti biasa aku nak membeli makanan.. maklumla lapar.. hehe.. Aku dapati kantin ada jual muffin.. so aku tanyela kt makcik tu ni apa benda?? makcik tu jawabla ni muffin.. aku tanye balik, muffin ni berapa harganya?? makcik tu jawab 60 sen.. lepastu aku jawab, "oo... Keropok lekor singgit!!"

    apa yang lawaknya ialah, lepas tanya pasal muffin, aku terus mintak keropok lekor.. lepastu aku ceritalah kejadian ni kat Izzat.. Die boleh KETAWA kuat2 kat kantin tu... apelah apelah..
    tapi kesimpulannya, memang lawak..


    14
    April 2010 Wednesday @ 8:42:19 pm
    14-04-10 : Latihan Kecemasan

    assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog kedua hafizaiman95 @ fizs...
    agak lama dan agak berhabuk blog aku ni ha....
    so sekarang aku vacuum balik blog aku ni dan letak perabot baru di blog aku ni.. (maksudnya post baru la)

    hari ini aku dengan lapang hatinya sambil nak melepaskan geram aku terhadap 'seseorang dari kelas 2C 2009' yg telah tinggalkan aku, aku ingin bercerita tentang latihan kebakaran pada pagi tadi... iaitu pada pagi Rabu, 14-04-10.. hahaha....

    tahun ni punya latihan kebakaran ialah latihan yang paling best dan paling kelakar lah!!! gaya pakcik pertahanan awam tu kelakar.. gigi die pun nk cerita.. he3.. memang kelakar..
    korang pun tau kan...
    best gilerlah...
    part yg paling best ialah part demonstrasi.. macam2 ragam volunteer yang ada.. ada yang cabut pin pemadam api sebelum check label ape semua lah, x jerit api lah dan mcm2 lagi... lawak2...
    papepun bagusla ade latihan mcm ni.. sekurang-kurangnya dapat sedikit ilmu pengetahuan.. mane la tau, tetiba skolah terbakar ke, kantin meletup ke, garaj kereta meletup ke, makmal sains meletup ke... nanti takdela kelam kabut..

    update seterusnya maybe before aku pergi perkhemahan kepimpinan.. sesiapa yang nk tau citer aku secara personal, bleh la private message dgn aku... 


    06
    April 2010 Tuesday @ 10:31:02 pm
    06-04-10 : Aku Menjadi Fasilitator

    Salam..
    bertemu lagi kita di sini..
    oleh kerana desakan oleh rakan2, aku pun menulis update terbaru...

    pada 3-4 haribulan 4 yang lalu, aku, Izzat dan Rashdan menjadi fasilitator bagi Training IQ PINTAR di Hotel Selesa.. Training kali ni khas utk pelajar sekolah rendah.. oleh kerana kami bertiga amat meminati dan merindui IQ PINTAR, kami dgn rela hatinya menjadi fasilitator alumni club.. (lebih kurang la)..

    bangga btol aku dapat jadi fasilitator ni.. first time dalam hidup aku!! tetapi penat jugakla jadi fasilitator ni.. walaupun memenatkan, tapi BEST!!..

    Selain dapat menjadi fasilitator, aku dapat juga belajar lagi.. so fahaman aku dalam konsep pembelajaran IQ PINTAR semakin mantap.. macam2 kerenah budak yang aku jumpa di sana.. sampaikan aku bleh pengsan dengan perangai diorang yang happy tu.. tp bagusla jgak.. sebab IQ pintar ni memang memerlukan kegembiraan.. x happy, x bagus..

    training hari tu juga, aku nampak ramai cikgu2 dari skola kite ni.. antaranya Cikgu Ande, Cikgu Zalina Saidin, Cikgu Rosmini, cikgu Malathy, cikgu Zulaienah (ibu kpd Izzat Sufi) dan beberapa cikgu yg lain.. masing2 turut serta dalam training tu..

    ni jekla yang dapat aku cerita.. kalau nk cerita lebih panjang, suruh izzat cerita.. aku pening pale ni...


    01
    April 2010 Thursday @ 4:58:57 pm
    01-04-10 : April Fool!!

    -Baca petikan di bawah. bagi yang terlalu sayangkan Agama Suci kita ini iaitu ISLAM.. bagi yang tak sayang, abaikan.. post ini bukan surat berantai macam yang selalu sangat budak2 sekolah hantar.. jadi baca dan renungkanlah wahai kawan2.. juga sebarkanlah kepada umum..-


    Sejarah April Fool

    Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

    Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

    Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

    Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

    Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

    Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

    Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

    Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!†demikian bujuk tentera Salib.

    Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

    Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

    Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

    Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

    Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Dayâ€.

    Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

    April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

    Umat Islam sangat tidak boleh merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

    Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah†dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebutâ€

    Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

    Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

    Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

    Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

    Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

    Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day†itu dipopularkan dengan “ritual†yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

    “Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.


    Cerita ni dah bertahun-tahun ade.. tapi masih ade umat Islam yang menyambutnya.. sebagai contoh, member baik aku (siapa lagi kalau bukan Izzat) sekali lagi terkena gurauan tak guna tu.. seseorang cakap baju Izzat kotor, tetapi kenyataannya tidak.. jadi izzat pun terkena serangan 'April Fool'.. Jadi aku harap tiada lagi penipuan sebegini.. jika anda melakukan perkara ini, umpama anda menyokong cerita di atas..

    p/s : member aku yang bukan Islam pun tahu kenyataan ini.. tapi yang ramai menyambutnya ialah Orang Islam!! apa nak jadi!!